Isnin, 27 Oktober 2014

Krisis Persaraan



KEBANYAKKAN PENCARUM HABIS SIMPANAN SELEPAS 5TAHUN BERSARA 

"Kebanyakan rakyat malaysia berfikir wang KWSP sudah mencukupi dan tidak membuat pelaburan lain."

Inilah kata-kata yang saya petik dari Tunku Alizakri Alias, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP melalui Suratkhabar Berita Harian bertarikh 23 Oktober 2014.

Jika orang yang arif tentang persaraan telah mengemukakan 'statement' ini adakah kita masih lagi
tak percaya kebenarannya.


Apa perlu nak dibuat?
  • Sediakan simpanan KWSP yang ke2
Bagaimana?
  • Instrumen Simpanan melalui Takaful adalah jawapan paling mudah.
  • Hanya dengan simpanan bulanan serendah RM70 sahaja anda boleh kira secara matematik mudah berapa yang akan ada di Akaun anda selepas 20 atau 30 atau 40 tahun dari sekarang.

Mulakan Sekarang. Untuk Dapatkan Maklumat Lanjut Hubungi:
 
IZZATI NADIA
012 7506922 
izzatinadiasopi@gmail.com



Rabu, 22 Oktober 2014

SURAH AL BAQARAH AYAT 240


"JANGANLAH KITA TINGGALKAN AHLI KELUARGA KITA DALAM KEADAAN MEMINTA MINTA"



Selasa, 23 September 2014

BANTULAH DIRI DAN KELUARGA ANDA

Assalamualaikum semua. Sihat? Diharapkan kita sentiasa berada didalam lindungan Allah S.W.T. Baiklah hari ini saya ingin kongsikan maklumat yang saya dapat mengenai KENAPA TAKAFULPENTING UNTUK KEHIDUPAN KITA??

Apabila kita menempuhi kehidupan didunia ini, kita akan menempuh pelbagai dugaan dan perkara yang tidak diduga setiap masa. Tidak semua perkara yang dirancang akan dicapai dan tidak kesemuanya menepati ramalan kita. Kita tidak tahu apakah yang akan berlaku kepada kita pada esok hari dan bagaimanakah kita dapat mengelakkan sebarang musibah yang bakal berlaku kepada kita.

Sememangnya kita tidak dapat menolak takdir dari Allah dan sebagai seorang Muslim, kita wajib meredai segala Qada' dan Qadar dari Allah S.W.T. Namun, jika kita membuat persediaan yang teliti kita boleh menyediakan perlindungan terbaik untuk menghadapi segala cubaan yang bakal menimpa kita. Sebab itulah, setiap orang Muslim diwajibkan untuk mempunyai pelan perlindungan takaful bagi melindungi diri dan keluarga kita apabila berlaku musibah yang tidak diduga.

Didalam post kali ini, saya ingin kongsikan satu hakikat yang perlu dilalui oleh setiap insan tidak kira siapa diri kita. 3 hakikat kehidupan ini adalaha satu perjalanan lumrah yang perlu dilalui oleh kita apabila tiba masanya nanti. Berikut adalah penerangan ringkas dari saya.

1) TUA/BERSARA
Jika anda bekerja sebagai seorang Government Servant anda akan melalui satu tahap dimana anda akan bersara dari pekerjaan itu. Sebagai contoh, kebiasaanya kita akan bersara pada umur 55tahun. Andaikata pabila kita bersara, kita memerlukan RM8000 setahun untutk meneruskan kehidupan. Cuba kita tolak umur kita dari pencen sehingga average umur rakyat Malaysia. Jadi kita memerlukan simpanan untuk 10tahun jarak umur kita iaitu sebanyak RM80,000.

Bayangkan adakah kita mempunyai simpanan sebanyak itu? Segala duit pencen serta KWSP kita mungkin cukup tetapi diperlukan untuk membayar hutang-hutang tertunggak, membayar bil pengajian anak, kos rawatan disebabkan umur yang meningkat dan sebagainya. Jadi kebiasaanya kita akan membuat ketiga perkara untuk mencari simpanan:

1) Bekerja semula/buka bisnes
2) Harap bantuan saudara mara/kenalan
3) Dihantar kerumah orang tua

Adakah ini yang kita inginkan untuk diri kita apabila bersara kelak? Adakah kita sanggup untuk menyusahkan ahli keluarga, anak-anak atau kenalan disebabkan keengganan kita untuk menyimpan perlindungan takaful dari sekarang? 

2) MENINGGAL
Apakah tanggungjawab kita semasa hidup?
1) Menyara keluarga
2) Membiayai pendidikan dan keperluan anak
3) Memberikan rumah untuk keluarga
4) Membayar hutang-hutang

Oleh itu, apakah yang kita sediakan untuk ahli keluarga kita apabila berlaku musibah kepada kita? Adakah hutang-hutang atau pampasan yang mencukupi untuk kita meneruskan hidup? Kita tidak tahu bilakah waktunya malaikat maut akan mencabut nyawa kita. Namun jika kita mula menyimpan dengan perlindungan takaful, kita akan mendapat pampasan yang banyak untuk ditinggalkan kepada ahli keluarga kita walaupun kita baru menyimpan.

3) CACAT ANGGOTA BADAN/LUMPUH
Kini apabila seseorang berumur 40tahun keatas, mereka akan mula ditimpa pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, penyakit tiga serangkai dan sebagainya. Apabila penyakit ini tiba kita bukan sahaja akan menyusahkan diri kita sendiri malah kita juga akan menyusahkan ahli keluarga kita kerana terpaksa menanggung kos rawatan yang sangat tinggi. Hari demi hari keluarga kita terpaksa mencari wang mencukupi bagi menampung kos rawatan hospital dan kos pengurusan diri kita. 

Adakah ini yang kita ingin tinggalkan kepada orang yang kita SAYANG?? Adakah kita tidak sanggup untuk berkorban sebahagin kecil dari gaji kita pada masa kini bagi meringankan beban yang bakal keluarga kita tanggung? 

"Buatlah sebahagian jika kita rasa bahawa kita tidak mampu untuk membuat segalanya untuk keluarga kita"

Semoga segala ilmu yang saya kongsikan ini sangat bermanfaat dan berguna untuk pembaca blog saya. Sekian.

Sabtu, 20 September 2014

RANCANG KEWANGAN ANDA SEKARANG!


Jika Hari ini Anda Sihat dan Boleh Bekerja Maka Hari Ini Jugalah Anda Perlu Melindungi Pendapatan Anda Untuk Hari Esok


Jika hari ini kita sihat, boleh berjalan, boleh melakukan pelbagai kerja dan kita masih mampu untuk menyara dan memberi nafkah kepada keluarga kita. Bagaimana pula dengan hari esok dan 20 tahun akan datang?? Adakah keadaan kita akan seperti sekarang?? Yakinkah kita bahawa kita akan sentiasa sihat seperti sekarang? Dan pada masa ini keluarga kita masih bergantung harap kepada kita. Andaikata musibah melanda diri kita (meninggal dunia/lumpuh kekal), apakah yang kita tinggalkan untuk waris kita? Adakah anda memberi keselesaan kepada mereka? Saya yakin dan percaya anda semua sayangkan keluarga anda dan tidak mahu mereka dalam kesusahan. Didalam alquran juga ada menyebut:

"Sesungguhnya kau tinggalkan ahli waris dalam keadaan berharta adalah lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan miskin, sehingga mereka meminta-minta ke sana ke sini"

Hadis riwayat imam Muslim .

Disini saya sebagai Consultant Perancang Kewangan Islam mampu membantu anda untuk masa hadapan anda dari segi persaraan, perlindungan serta simpanan. Segala sesuatu bermulanya dengan niat, selagi mana anda berniat untuk melakukan kebaikan dan berusaha kearahnya, Insya Allah anda akan dapat. Mungkin anda masih lagi perlukan beberapa penjelasan, jangan risau dan khuatir kerana saya sedia membantu anda..


untuk maklumat lebih lanjut
sila hubungi saya konsultan Takaful anda :

nama : NUR IZZATI NADIA
h/p : 012 7506922
email : izzatinadiasopi@gmail.com

Khamis, 28 Ogos 2014

ALAM PEKERJAAN

Assalamualaikum blogger sekalian. Macam mana keadaan hari ini? Sihat? Diharapkan hari ini lebih baik dari semalam. Insyaallah hari ini saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang boleh membantu pembaca sekalian. Cuba mencari kelainan dari tajuk besar tu (Perancang Kewangan Islam). hihi. Asyik dibawah tajuk itu je takut takut ada yang bosan pula. Sekali sekala kita tukar topik pula yaa. Okay lah. Selamat membaca! Semoga ilmu ini bermanfaat untuk semua.

Bukan mudah untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik. Lagi-lagi jika seseorang itu dari alam persekolahan ke alam kolej dan seterusnya kealam pekerjaan. Setiap alam yang kita lalui sangat berbeza beza dari segi persekitaran dan bagaimana cara kita mengatasinya. Hari ini saya ingin kongsikan sedikit maklumat bagai sesiapa yang baru melangkah kealam pekerjaan dan masih bertatih-tatih dialam ini.

Zaman kolej ke alam pekerjaan sangat laa berbeza dimana zaman pekerjaan kita harus berdiri diatas kaki sendiri. Memang sangat berbeza pada zaman persekolahan dan pekerjaan tetapi itulah REALITI yang harus kita hadapi untuk masa hadapan kita.Tiada lagi orang yang membantu atau "menyuap" kita. Segalanya diatas usaha kita sendiri. Mungkin pada permulaan agak susah untuk kita menyesuaikan diri tetapi dua tiga bulan selepas itu segalanya akan berjalan dengan lancar. 

Disini saya ingin kongsikan beberapa sifat atau cara yang perlu diperbetulkan bagi yang baru bertatih kealam pekerjaan. Terus terang ingin saya perkatakan alam pekerjaan lebih mencabar dari alam persekolahan. Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat membantu pembaca dan meng"improve"kan diri supaya boleh berdiri diatas kaki sendiri. Antaranya sifatnya ialah:

a) Bersifat matang
b) Berani
c) Berfikiran terbuka
d) Persiapan awal
e) Don't giveup

Semoga sifat sifat ini dapat memberikan kejayaan kepada kita pada masa akan datang dan membuatkan kita tersenyum diatas usaha kita. 


Selasa, 26 Ogos 2014

AMANAH RAYA BERHAD



AMANAH RAYA BERHAD



"Melayu abai surat wasiat ??" "Lalai tulis wasiat punca bahagi tertangguh??" 

Disini saya ingin memperkenalkan dan menceritakan serba sedikit mengenai wasiat supaya orang ramai sedar mengapa wasiat perlu dibuat dalam masa tempoh kita hidup dan mengapa pentingnya wasiat kepada kita semua. 

Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian. 

Perancangan dan pengurusan perwarisan lazimnya dipandang remeh oleh masyarakat. Ada yang beranggapan, perancangan dan pengurusan perwarisan hanya sesuai bagi individu berpendapatan tinggi, berharta dan lanjut usia. Persepsi ini menimbulkan pelbagai masalah yang membawa kepada kesulitan berpanjangan tanpa kesudahan. Oleh sebab itu seluruh ahli masyarakat perlu memahami dengan jelas konsep perancangan dan pengurusan harta bagi mengelakkan masalah pengurusan harta daripada terus berlarutan. 

Perancangan dan pengurusan perwarisan merangkumi pengurusan harta sebelum dan selepas kematian. Ini bagi memastikan harta kekayaan yang dikumpulkan dapat diwarisi dan dimanfaatkan oleh waris-waris yang ditinggalkan. 

Perancangan dan pengurusan perwarisan harus dibuat dengan bijak dan teliti. Proses perancangan harta bukan sekadar mengumpul, mengurus dan melindungi harta semata-mata, sebaliknya harta dan kekayaan yang dimiliki harus dipastikan dapat diwarisi dengan baik tanpa menimbulkan kesulitan kepada waris yang layak menerimanya. 

AmanahRaya menjalankan tanggungjawab membantu masyarakat dalam Perancangan dan Pengurusan harta pusaka bagi memastikan kepentingan waris-waris sentiasa terpelihara, terjamin dan dilindungi secara profesional. Sebagai syarikat peramanahan yang terulung di Malaysia, Amanah Raya sedia membantu menyelesaikan kesulitan anda. 

Ini sahaja yang dapat saya kongsikan pada hari ini, semoga segala ilmu ini dapat membuka hati pembaca blog saya untuk membuat wasiat. Semoga berjumpa dilain cerita. 


Khamis, 21 Ogos 2014

INSURAN VS TAKAFUL

Masih ramai yang tidak mengetahui kelebihan takaful berbanding insuran konvensional. Kita sering beranggapan insuran konvensional memberikan lebih banyak faedah berbanding takaful tetapi sebenarnya kita silap. Dibawah adalah sebahagian daripada kelebihan takaful berbanding insuran konvensional.




PENTING!!!


STATUS PAMPASAN POLISI INSURAN KONVENSIONAL SELEPAS KEMATIAN PEMEGANG POLISI

Keputusan : Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam Malaysia kali ke-94 yang bersidang pada 20 - 22 April 2011 telah membincangkan status pampasan polisi insuran konvensional selepas kematian pemegang polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut :

1) Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insuran konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip Islam.

2) Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insuran konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.

3) Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insuran konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.

4) Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insuran konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas.