Khamis, 28 Ogos 2014

ALAM PEKERJAAN

Assalamualaikum blogger sekalian. Macam mana keadaan hari ini? Sihat? Diharapkan hari ini lebih baik dari semalam. Insyaallah hari ini saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang boleh membantu pembaca sekalian. Cuba mencari kelainan dari tajuk besar tu (Perancang Kewangan Islam). hihi. Asyik dibawah tajuk itu je takut takut ada yang bosan pula. Sekali sekala kita tukar topik pula yaa. Okay lah. Selamat membaca! Semoga ilmu ini bermanfaat untuk semua.

Bukan mudah untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik. Lagi-lagi jika seseorang itu dari alam persekolahan ke alam kolej dan seterusnya kealam pekerjaan. Setiap alam yang kita lalui sangat berbeza beza dari segi persekitaran dan bagaimana cara kita mengatasinya. Hari ini saya ingin kongsikan sedikit maklumat bagai sesiapa yang baru melangkah kealam pekerjaan dan masih bertatih-tatih dialam ini.

Zaman kolej ke alam pekerjaan sangat laa berbeza dimana zaman pekerjaan kita harus berdiri diatas kaki sendiri. Memang sangat berbeza pada zaman persekolahan dan pekerjaan tetapi itulah REALITI yang harus kita hadapi untuk masa hadapan kita.Tiada lagi orang yang membantu atau "menyuap" kita. Segalanya diatas usaha kita sendiri. Mungkin pada permulaan agak susah untuk kita menyesuaikan diri tetapi dua tiga bulan selepas itu segalanya akan berjalan dengan lancar. 

Disini saya ingin kongsikan beberapa sifat atau cara yang perlu diperbetulkan bagi yang baru bertatih kealam pekerjaan. Terus terang ingin saya perkatakan alam pekerjaan lebih mencabar dari alam persekolahan. Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat membantu pembaca dan meng"improve"kan diri supaya boleh berdiri diatas kaki sendiri. Antaranya sifatnya ialah:

a) Bersifat matang
b) Berani
c) Berfikiran terbuka
d) Persiapan awal
e) Don't giveup

Semoga sifat sifat ini dapat memberikan kejayaan kepada kita pada masa akan datang dan membuatkan kita tersenyum diatas usaha kita. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan