Selasa, 26 Ogos 2014

AMANAH RAYA BERHAD



AMANAH RAYA BERHAD



"Melayu abai surat wasiat ??" "Lalai tulis wasiat punca bahagi tertangguh??" 

Disini saya ingin memperkenalkan dan menceritakan serba sedikit mengenai wasiat supaya orang ramai sedar mengapa wasiat perlu dibuat dalam masa tempoh kita hidup dan mengapa pentingnya wasiat kepada kita semua. 

Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian. 

Perancangan dan pengurusan perwarisan lazimnya dipandang remeh oleh masyarakat. Ada yang beranggapan, perancangan dan pengurusan perwarisan hanya sesuai bagi individu berpendapatan tinggi, berharta dan lanjut usia. Persepsi ini menimbulkan pelbagai masalah yang membawa kepada kesulitan berpanjangan tanpa kesudahan. Oleh sebab itu seluruh ahli masyarakat perlu memahami dengan jelas konsep perancangan dan pengurusan harta bagi mengelakkan masalah pengurusan harta daripada terus berlarutan. 

Perancangan dan pengurusan perwarisan merangkumi pengurusan harta sebelum dan selepas kematian. Ini bagi memastikan harta kekayaan yang dikumpulkan dapat diwarisi dan dimanfaatkan oleh waris-waris yang ditinggalkan. 

Perancangan dan pengurusan perwarisan harus dibuat dengan bijak dan teliti. Proses perancangan harta bukan sekadar mengumpul, mengurus dan melindungi harta semata-mata, sebaliknya harta dan kekayaan yang dimiliki harus dipastikan dapat diwarisi dengan baik tanpa menimbulkan kesulitan kepada waris yang layak menerimanya. 

AmanahRaya menjalankan tanggungjawab membantu masyarakat dalam Perancangan dan Pengurusan harta pusaka bagi memastikan kepentingan waris-waris sentiasa terpelihara, terjamin dan dilindungi secara profesional. Sebagai syarikat peramanahan yang terulung di Malaysia, Amanah Raya sedia membantu menyelesaikan kesulitan anda. 

Ini sahaja yang dapat saya kongsikan pada hari ini, semoga segala ilmu ini dapat membuka hati pembaca blog saya untuk membuat wasiat. Semoga berjumpa dilain cerita. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan