Khamis, 28 Ogos 2014

ALAM PEKERJAAN

Assalamualaikum blogger sekalian. Macam mana keadaan hari ini? Sihat? Diharapkan hari ini lebih baik dari semalam. Insyaallah hari ini saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang boleh membantu pembaca sekalian. Cuba mencari kelainan dari tajuk besar tu (Perancang Kewangan Islam). hihi. Asyik dibawah tajuk itu je takut takut ada yang bosan pula. Sekali sekala kita tukar topik pula yaa. Okay lah. Selamat membaca! Semoga ilmu ini bermanfaat untuk semua.

Bukan mudah untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik. Lagi-lagi jika seseorang itu dari alam persekolahan ke alam kolej dan seterusnya kealam pekerjaan. Setiap alam yang kita lalui sangat berbeza beza dari segi persekitaran dan bagaimana cara kita mengatasinya. Hari ini saya ingin kongsikan sedikit maklumat bagai sesiapa yang baru melangkah kealam pekerjaan dan masih bertatih-tatih dialam ini.

Zaman kolej ke alam pekerjaan sangat laa berbeza dimana zaman pekerjaan kita harus berdiri diatas kaki sendiri. Memang sangat berbeza pada zaman persekolahan dan pekerjaan tetapi itulah REALITI yang harus kita hadapi untuk masa hadapan kita.Tiada lagi orang yang membantu atau "menyuap" kita. Segalanya diatas usaha kita sendiri. Mungkin pada permulaan agak susah untuk kita menyesuaikan diri tetapi dua tiga bulan selepas itu segalanya akan berjalan dengan lancar. 

Disini saya ingin kongsikan beberapa sifat atau cara yang perlu diperbetulkan bagi yang baru bertatih kealam pekerjaan. Terus terang ingin saya perkatakan alam pekerjaan lebih mencabar dari alam persekolahan. Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat membantu pembaca dan meng"improve"kan diri supaya boleh berdiri diatas kaki sendiri. Antaranya sifatnya ialah:

a) Bersifat matang
b) Berani
c) Berfikiran terbuka
d) Persiapan awal
e) Don't giveup

Semoga sifat sifat ini dapat memberikan kejayaan kepada kita pada masa akan datang dan membuatkan kita tersenyum diatas usaha kita. 


Selasa, 26 Ogos 2014

AMANAH RAYA BERHAD



AMANAH RAYA BERHAD



"Melayu abai surat wasiat ??" "Lalai tulis wasiat punca bahagi tertangguh??" 

Disini saya ingin memperkenalkan dan menceritakan serba sedikit mengenai wasiat supaya orang ramai sedar mengapa wasiat perlu dibuat dalam masa tempoh kita hidup dan mengapa pentingnya wasiat kepada kita semua. 

Wasiat merupakan dokumen penyelesaian pusaka berbentuk arahan kepada Wasi untuk menyempurnakan segala hasrat pewasiat termasuklah melaksanakan segala strategi perancangan dan pengagihan harta selepas kematian. 

Perancangan dan pengurusan perwarisan lazimnya dipandang remeh oleh masyarakat. Ada yang beranggapan, perancangan dan pengurusan perwarisan hanya sesuai bagi individu berpendapatan tinggi, berharta dan lanjut usia. Persepsi ini menimbulkan pelbagai masalah yang membawa kepada kesulitan berpanjangan tanpa kesudahan. Oleh sebab itu seluruh ahli masyarakat perlu memahami dengan jelas konsep perancangan dan pengurusan harta bagi mengelakkan masalah pengurusan harta daripada terus berlarutan. 

Perancangan dan pengurusan perwarisan merangkumi pengurusan harta sebelum dan selepas kematian. Ini bagi memastikan harta kekayaan yang dikumpulkan dapat diwarisi dan dimanfaatkan oleh waris-waris yang ditinggalkan. 

Perancangan dan pengurusan perwarisan harus dibuat dengan bijak dan teliti. Proses perancangan harta bukan sekadar mengumpul, mengurus dan melindungi harta semata-mata, sebaliknya harta dan kekayaan yang dimiliki harus dipastikan dapat diwarisi dengan baik tanpa menimbulkan kesulitan kepada waris yang layak menerimanya. 

AmanahRaya menjalankan tanggungjawab membantu masyarakat dalam Perancangan dan Pengurusan harta pusaka bagi memastikan kepentingan waris-waris sentiasa terpelihara, terjamin dan dilindungi secara profesional. Sebagai syarikat peramanahan yang terulung di Malaysia, Amanah Raya sedia membantu menyelesaikan kesulitan anda. 

Ini sahaja yang dapat saya kongsikan pada hari ini, semoga segala ilmu ini dapat membuka hati pembaca blog saya untuk membuat wasiat. Semoga berjumpa dilain cerita. 


Khamis, 21 Ogos 2014

INSURAN VS TAKAFUL

Masih ramai yang tidak mengetahui kelebihan takaful berbanding insuran konvensional. Kita sering beranggapan insuran konvensional memberikan lebih banyak faedah berbanding takaful tetapi sebenarnya kita silap. Dibawah adalah sebahagian daripada kelebihan takaful berbanding insuran konvensional.




PENTING!!!


STATUS PAMPASAN POLISI INSURAN KONVENSIONAL SELEPAS KEMATIAN PEMEGANG POLISI

Keputusan : Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam Malaysia kali ke-94 yang bersidang pada 20 - 22 April 2011 telah membincangkan status pampasan polisi insuran konvensional selepas kematian pemegang polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut :

1) Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insuran konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip Islam.

2) Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insuran konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.

3) Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insuran konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.

4) Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insuran konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas.


Rabu, 13 Ogos 2014

Sempurnakan Hidup Anda Bersama Etiqa

PELAN INTELEK

Pelan Pendidikan Untuk Anak-Anak Anda

...panas yang disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Fikirkan masa depan anak-anak anda, untuk melanjutkan pelajaran, banyak perbelanjaannya. Fikirkan jika mereka hilang tempat bergantung. Adakah mereka patut berhenti belajar??? ETIQA TAKAFUL INTELEK sentiasa ada untuk menyelesaikan segala masalah dan kebimbangan anda..



Menjanjikan Masa Hadapan yang Lebih Cerah untuk Anak-Anak Anda
Anak-anak adalah lambang kebanggaan dan kebahagian anda. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, anda sedia maklum bahawa pendidikan amat penting untuk berjaya dan anda mula menyimpan demi masa hadapan mereka. Namun begitu, simpanan anda mungkin tidak mencukupi

Kos pendidikan kini meningkat secara mendadak. Dalam masa 10 tahun, kos pengajian di peringkat universiti selama 4 tahun boleh mencecah sehingga RM72,000.00 di Malaysia, RM250,000.00 di Australia mahupun RM400,000.00 di UK. Sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini, anak-anak anda mungkin tidak berpeluang mendapat pendidikan sepertimana yang diinginkan. Oleh itu, amat penting untuk kita merancang masa hadapan mereka sekarang.

Menjamin Pendidikan Anak-Anak Anda Di Peringkat Lebih Tinggi
Intelek membantu membina dana yang bersesuaian dengan keperluan pendidikan anak-anak anda dan turut memberikan perlindungan dengan hanya sumbangan serendah RM70.00 sebulan. Tambahan lagi, Intelek memberi ganjaran terhadap pencapaian cemerlang anak-anak anda.

Ganjaran tersebut tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
1) Sijil mestilah berkuatkuasa sekurang-kurangnya satu (1) tahun sebelum anak anda menduduki peperiksaan.
2) Manfaat tersebut adalah sekali untuk setiap individu.
3) Bilangan gred A yang diambil kira adalah untuk mata pelajaran utama sahaja (Gred A dan A+ sahaja).
4) Manfaat tersebut tertakluk kepada perubahan kepada Struktur Sukatan Pelajaran Malaysia.
5) Etiqa Takaful Berhad berhak untuk meminda terma-terma dan syarat-syarat manfaat pada masa hadapan.

Anda juga boleh mengeluarkan sehingga 80% daripada jumlah simpanan di dalam akaun anda bagi menampung sebarang perbelanjaan kecemasan. Sekiranya berlaku sebarang kecelakaan, kami akan membayar sumbangan bagi pihak anda. Keluarga anda akan berasa tenang apabila menyedari bahawa pendidikan anak-anak pada masa depan terjamin.

Khamis, 7 Ogos 2014

HAJI & UMRAH

Assalamualaikum.

Kerjasama Tabung Haji bersama Etiqa Takaful, melahirkan Produk Mabrur bagi merealisasikan impian menunaikan Rukun Islam yang ke 5 iaitu ibadah Haji.

Majoriti berniat untuk tunaikan Haji di usia Muda. Pakej Muasasah (paling mampu) RM14,000. Niat tanpa perancangan hanya angan-angan. Rancanglah dengan simpanan dan perlindungan dari sekarang.


Manfaat Produk Haji dan Umrah (Mabrur) ini :

PEMBUKAAN AKAUN TABUNG HAJI PERCUMA
Buka akaun tabung haji secara automatik dan percuma. Isikan borang melalui konsultan SAF. Pastikan anda tahu nama Ibu (nama ikut i/c). Pendaftaran PERCUMA dibuat oleh Syarikat Etiqa Takaful. Jika telah ada akaun tabung haji, RM20+RM2 akan dimasukkan juga secara PERCUMA ke akaun Tabung Haji anda.

PENDAFTARAN HAJI
Pendaftaran Haji secara automatik bila jumlah terkumpul RM1,300

BAYARAN TUNAI TETAP SEHINGGA 123%
Berdasarkan Jumlah Asas Perlindungan dan akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun Tabung Haji. Pergi Haji dengan duit bonus sahaja.

ELAUN HAJI DAN UMRAH
Tunaikan Haji, akan dapat RM 1,000. Tunaikan Umrah, akan dapat RM 1,000. Haji dan Umrah mestilah dilakukan BUKAN pada tahun yang sama.

ELAUN PENJAGAAN ANAK
Ketenangan Minda bagi peserta apabila anak-anaknya terjaga. Elaun sebanyak RM 1,000 akan dibayar, umur anak mestilah tidak melebihi 18 tahun.

PERLINDUNGAN KOMPREHENSIF

1)Khairat Kematian RM1,000
2)Indemniti Berganda 100% (kematian disebabkan kemalangan di Makkah/Madinah, dibayar berganda)
3)Manfaat Badal Haji RM3,000
4)Manfaat Ihsar RM1,000 (apabila Peserta dalam keadaan berihram dan terhalang dari menunaikan Haji/Umrah akibat tidak sihat, Manfaat sehingga RM 1,000 dan akan dibayar balik untuk kos penyembelihan haiwan.)