Assalamualaikum semua. Sihat? Diharapkan kita sentiasa berada didalam lindungan Allah S.W.T. Baiklah hari ini saya ingin kongsikan maklumat yang saya dapat mengenai KENAPA TAKAFULPENTING UNTUK KEHIDUPAN KITA??
Apabila kita menempuhi kehidupan didunia ini, kita akan menempuh pelbagai dugaan dan perkara yang tidak diduga setiap masa. Tidak semua perkara yang dirancang akan dicapai dan tidak kesemuanya menepati ramalan kita. Kita tidak tahu apakah yang akan berlaku kepada kita pada esok hari dan bagaimanakah kita dapat mengelakkan sebarang musibah yang bakal berlaku kepada kita.
Sememangnya kita tidak dapat menolak takdir dari Allah dan sebagai seorang Muslim, kita wajib meredai segala Qada' dan Qadar dari Allah S.W.T. Namun, jika kita membuat persediaan yang teliti kita boleh menyediakan perlindungan terbaik untuk menghadapi segala cubaan yang bakal menimpa kita. Sebab itulah, setiap orang Muslim diwajibkan untuk mempunyai pelan perlindungan takaful bagi melindungi diri dan keluarga kita apabila berlaku musibah yang tidak diduga.
Didalam post kali ini, saya ingin kongsikan satu hakikat yang perlu dilalui oleh setiap insan tidak kira siapa diri kita. 3 hakikat kehidupan ini adalaha satu perjalanan lumrah yang perlu dilalui oleh kita apabila tiba masanya nanti. Berikut adalah penerangan ringkas dari saya.
1) TUA/BERSARA
Jika anda bekerja sebagai seorang Government Servant anda akan melalui satu tahap dimana anda akan bersara dari pekerjaan itu. Sebagai contoh, kebiasaanya kita akan bersara pada umur 55tahun. Andaikata pabila kita bersara, kita memerlukan RM8000 setahun untutk meneruskan kehidupan. Cuba kita tolak umur kita dari pencen sehingga average umur rakyat Malaysia. Jadi kita memerlukan simpanan untuk 10tahun jarak umur kita iaitu sebanyak RM80,000.
Bayangkan adakah kita mempunyai simpanan sebanyak itu? Segala duit pencen serta KWSP kita mungkin cukup tetapi diperlukan untuk membayar hutang-hutang tertunggak, membayar bil pengajian anak, kos rawatan disebabkan umur yang meningkat dan sebagainya. Jadi kebiasaanya kita akan membuat ketiga perkara untuk mencari simpanan:
1) Bekerja semula/buka bisnes
2) Harap bantuan saudara mara/kenalan
3) Dihantar kerumah orang tua
Adakah ini yang kita inginkan untuk diri kita apabila bersara kelak? Adakah kita sanggup untuk menyusahkan ahli keluarga, anak-anak atau kenalan disebabkan keengganan kita untuk menyimpan perlindungan takaful dari sekarang?
2) MENINGGAL
Apakah tanggungjawab kita semasa hidup?
1) Menyara keluarga
2) Membiayai pendidikan dan keperluan anak
3) Memberikan rumah untuk keluarga
4) Membayar hutang-hutang
Oleh itu, apakah yang kita sediakan untuk ahli keluarga kita apabila berlaku musibah kepada kita? Adakah hutang-hutang atau pampasan yang mencukupi untuk kita meneruskan hidup? Kita tidak tahu bilakah waktunya malaikat maut akan mencabut nyawa kita. Namun jika kita mula menyimpan dengan perlindungan takaful, kita akan mendapat pampasan yang banyak untuk ditinggalkan kepada ahli keluarga kita walaupun kita baru menyimpan.
3) CACAT ANGGOTA BADAN/LUMPUH
Kini apabila seseorang berumur 40tahun keatas, mereka akan mula ditimpa pelbagai masalah kesihatan seperti kanser, penyakit tiga serangkai dan sebagainya. Apabila penyakit ini tiba kita bukan sahaja akan menyusahkan diri kita sendiri malah kita juga akan menyusahkan ahli keluarga kita kerana terpaksa menanggung kos rawatan yang sangat tinggi. Hari demi hari keluarga kita terpaksa mencari wang mencukupi bagi menampung kos rawatan hospital dan kos pengurusan diri kita.
Adakah ini yang kita ingin tinggalkan kepada orang yang kita SAYANG?? Adakah kita tidak sanggup untuk berkorban sebahagin kecil dari gaji kita pada masa kini bagi meringankan beban yang bakal keluarga kita tanggung?
"Buatlah sebahagian jika kita rasa bahawa kita tidak mampu untuk membuat segalanya untuk keluarga kita"
Semoga segala ilmu yang saya kongsikan ini sangat bermanfaat dan berguna untuk pembaca blog saya. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan